Posted by: andax | April 9, 2010

Sahabatku..


Sebuah perjalanan memang tidak selalu senang, selalu saja ada rintangan yang membentang didepan mata ketika kita ingin sekali meraih apa yang kita inginkan. Sama halnya seperti sebuah persahabatan yang tidak lepas dari rasa senang dan rasa sedih. Disaat kita ingin memulai sebuah persahabatan suatu saat nanti kita akan ditemukan pada sebuah akhir dari seorang sahabat itu sendiri. Banyak bentuk dalam sebuah akhir persahabatan, yang pasti sesuatu hal yang negatif tidak akan aku ceritakan disini. Kerana aku tidak ingin mengenang sesuatu tentang persahabatan itu dengan segala keburukan-keburukan yang telah di lakukan.

Aku ingin sekali mengenang persahabatan itu dengan sesuatu yang menyenangkan, sesuatu yang ingin aku kenang selalu. Aku ingin bercerita tentang dimana aku merasa senang semasa bersama dan juga bercerita tentang segala keluh kesah aku dalam menjalani sebuah kehidupan selama aku masih meniti perjalanan hidup ini. Dan sesuatu yang aku harapkan dalam sebuah persahabatan adalah ketika aku sudah tidak bersama lagi, aku masih bisa mencurahkan semua isi hati aku, masih dapat melakukan hal-hal yang baik dan tentunya kenangan manis yang aku lakukan dalam kehidupan aku.

Dengan tulisan ringkas yang aku karang ini, aku berharap penuh bahawa beberapa sahabat aku yang pernah bersama aku dalam menjalankan kehidupan ini.. masih tetap seperti dahulu, ketika diri aku ini belum seperti ini. Kerana sebuah persahabatan tidak akan rosak segalanya kalau kita tetap percaya pada tali kasih persahabatan itu sendiri.

Jutaan terima kasih kepada sahabatku kerana sudi bersamaku walaupun dikala susah senangku. Walaupun aku tak dapat membuktikan erti persahabatan itu dengan kamu , ketahuilah kau adalah tetap sahabat ku sampai ke hembusan nafas terakhir ku.Sesungguhnya walaupun aku tak mampu membalas jasa baikmu dengan wang ringgit tetapi akan ku balas dengan erti sebuah persahabatan yang amat bermakna..

Posted by: andax | March 30, 2010

check!! check!!! Rock! rock!

da lama aku tak mengupdate blog aku ni..hehe.. almaklumlah dah takder laptop..hehe takkan nak menaip kat cc plak.. terasa malas jek sbb kat cc crowded sangat.. so idea tak datang hahaha.. ini pon pinjam orang punyer laptop jap.


first progress yang aku ingin lakukan telah aku lakukan.. The Liberals yang sebelum ini aku telah kuburkan telah menjadi zombie *idop semula*.. mungkin ramai yang bertanya kenapa The Liberals dikuburkan? dan ini jawapannya.. ” aku bukan give up tapi sebenarnya aku sendiri tak tau bila diri aku nak berubah jadi manusia.. di sebabkan aku nak berubah jadi manusia tu yang terpaksa aku kuburkan saje The Liberals. setelah beberapa bulan terkubur akhirnya aku tersedar.. aku tak layak menjadi manusia. akhirnya kami bermain di sebuah gig di jb. menyelit di sebuah tour nervhous records atas permintaan dan pujukan ApisC14. btw thanx apis sebab menyedarkan diri aku tak sedar diri ini. huhuhu… dan juga sebab ajak sekali kat gig tu. walaupun tak dapat bawak full line up tapi aku tetap berusaha untuk bermain di JB disebabkan da lama tak main kat jb dan juga hasil pujukan rayu ApisπŸ˜€
Thanks juga kat AJAI dan MUNET (stick no bill) sebab sanggup menjadi sessionis.. “.. tunggu masa yang sesuai untuk recording lagu yang dah siap tapi belom record lagi. update boleh la ke: http://theliberals.blogspot.com atau http://www.myspace.com/theliberals

Next progress, aku juga sedang menghidupkan band lama aku iaitu “serangga pemusnah”.. line up yang akan membarisi Serangga Pemusnah ialah : Bob (bass), Wan Uchihida (lead), Saya (gitar) dan Zam (drum). Lebih ke arah muzik jalanan berinfluenskan daripada Bunga Hitam, Marjinal, The Gags dll.. Sekarang dah ada 4 lagu baru, tinggal 1 atau 2 lagu lagi nak disiapkan untuk recording.

Special Case pun sedang menyiapkan bebarapa buah lagu baru nak disiapkan. Special Case sebenarnya ditubuhkan sekadar suka suka sahaja, sebab banyak idea lagu yang keluar tapi tak dapat diserapkan kemana mana band The Liberals or Serangga pemusnah so aku masukkan kedalam Special Case. Aku lebih selesa dengan band daripada menjadi solo, lebih selesa dengan One Man Band, walaupon poyo tapi takderla sepoyo solo. hehehe… Terima kasih kepada Naufael dan Beck sebab menjadikan Special Case sebuah kenyataan..πŸ™‚

Life pon da agak ok sket berbanding dulu.. hehe.. takperla aku lebih suka macam ni lebih bersederhana. walaupun duit takder tapi bahagia.. hahaha
(bahagia la sangat!)πŸ™‚

Posted by: andax | December 14, 2009

ComeShot upcoming show

Posted by: andax | December 7, 2009

sound of solidarity – temerloh pahang

ini adalah gig dan persembahan terakhir aku dengan the liberals.. lepasni aku dengan haluan aku sendiri. walaupun tak sampai hati nak tinggalkan tapi terpaksa juga sebab hati tak sampai sampai.. huhu

Posted by: andax | December 3, 2009

impian..

apa yang aku nak lakukan untuk masa hadapan? emm entahlah.. apa yang aku harapkan apa yang aku ingin lakukan semasa hidup ni.. terlaksana. soal untung rugi itu letak tepi. tapi kepuasan adalah yang utama.. apa yang aku nak buat pada masa depan mengikut perancangan aku..
firstly, aku nak buat short filem mengenai scene di malaysia ni, tak kira la punk ke skinhead ke hardcore ke etc.. (insya Allah kalau ada rezeki mintak mintak jadi..)
and secondly, aku nak buat materials lagu – lagu aku sendiri samada dalam bentuk album atau pun e.p itu mengikut kemampuan. aku tak kisah lah orang lain nak kata poyo ke apa ke.. aku da tak ambil peduli.. yang penting kepuasan dari jiwa sendiri.

Posted by: andax | September 9, 2009

Buah Tangan Hari Raya

Nantikan dengan penuh debaran bagaimana lagu Sheila Majid di Dustboxkan, lagu Aishah di ‘japanese poppunk’-kan, Lagu ‘Basikal Tua’ di Rancidkan, Lagu ‘Penganggur’ di-Casualties-kan, Hanya Di Radio di Kemuri-kan, Chow Kitt Road di Bad Religion-kan, Lagu Fauziah Ahmad Daud di Weezer-kan, dan lagu M. Nasir yang balada mendayu dihardcorekan…
-nizang Nervhous

Kepada peminat muzik punkrock khusunya walaupun hangpa tak punk rock, Nantikan dengan penuh debaran di hari lebaran keluaran kompilasi ini! Aduhai, muka model tak bleh blah langsung.. wakakaka!

Posted by: andax | September 8, 2009

Renungkanlah sendiri..

Dalam kubur malaikat akan bertanya:
siapa tuhan kamu?
Tetapi malaikat tak akan bertanya:
apa bangsa kamu?
Kuatkan agama hindarkan rasisme.. Tuhan pun marah kalau kita benci membenci bangsa. Sebab manusia adalah ciptaanNya.. Kalau kita membenci kerana… warna kulit, maka kamu sendiri akan membenci ciptaan tuhan. Selamat berpuasa.. Dan renungkan.

Posted by: andax | July 21, 2009

Demam!!

tatkala wabak influenza b4b1 menyerang, membuatkan aku rasa takut jika aku dijangkiti. almaklumlah aku skrg ni bnyak keluar sana sini. di kala aku menaip sekarang ni, aku dah 2 hari demam dan sedikit batuk. lagi lah membuatkan aku rasa takut. kalau aku sekarang ni demam biasa, dan aku pergi ke hospital sure dorg kata aku ni kene h1n1. so lebih baik aku hanya makan ubat dan tidur. zzzzzzz….

Posted by: andax | July 5, 2009

Gerakan Anti Perkauman

gap

gap


http://gerakan-anti-perkauman.blogspot.com/

Posted by: andax | June 22, 2009

hari yang penat..


Pada hari sabtu bersamaan 20hb 6 aku ditugaskan untuk menghantar barang – barang backline ke Sekolah Indonesia yang bertempat di Kedutaan Indonesia. Memang agak memenatkan. Pada jam 3 petang, aku dan Ali mula mengemas dan buat checklist barang-barang equipment yang akan dibawa. Kemudian pada jam 5.30 ptg kami mula mengangkat turun barang – barang semua. Memang penat apabila mengangkat turun semua barang-barang terutamanya amp peavey kerana keberatan yang agak melampau dan juga saiznya yang besar. huhu

Setelah selesai memunggah masuk barang-barang kedalam van, kami terus bergegas ke Sekolah Indonesia. Sebaik sahaja sampai, kami disambut baik oleh pihak organiser iaitu Marta. Setelah berbincang apa yang perlu, kami membawa turun barang-barang dari dalam van ke atas pentas. setelah siap memunggah, tiba masanya pula nak setup barang-barang. tapi apa yang tidak puas hati, stage agak bergoyang dan mudah bergegar. Nak tak nak terpaksa setup juga barang – barang. Selesai sahaja kami setup barang – barang backline, barang – barang PA pulak sampai. Amik kau semua barang lagi gedabak. haha.. speaker JBL.. mixer 24 chennel bla bla bla.. Terpaksa jugak kitorang tolong dorang mengangkat speaker- speaker gedabak tu. memang penat.
Setelah selesai. Masanya untuk kitorang pulang, jam menunjukkan pukul 12.15 malam. lewat jugak ni… esok pulak dah kena bangun awal. sebab event dijadualkan bermula jam 9 pagi.

Keesokannya.. Ahad 21hb 6 2009

Pada jam 7 pagi aku dikejutkan oleh boss aku, walaupun sebenarnya aku tak tidor lagi huhu.. dia kata lagi 10 minit dia sampai nak pick up aku dgn ali. lantas aku pon terus mengejutkan ali yang sedap dibuai mimpi. aku jer yang tak tido lagi.. ciss! Sebaik boss aku sampai, beliau mengajak kami bersarapan di kedai mamak berdekatan. katanya nak amik tenaga. huhu.. aku pon order nes o dan roti kosong. setelah selesai kami pon bertolak ke Sekolah Indonesia sekali lagi.

Bila sampai jer, mata aku melilau, wah! ramai juga gadis-gadis indonesia yang comel dan manis. haha.. cuci mata.πŸ˜€ Aku pon terus check semula amp agar berfungsi dengan baik, setelah selesai, kami berehat seketika. Jam telah melewati 9 pagi, nampaknya lewat kot.. Jam 10.15 barulah event battle dimulakan. Aku hanya menjadi soundman pada waktu itu.. dan turut membantu apa yang perlu di pentas. 21 band masuk berrtanding pada final itu, apa yang aku perhatikan, kebanyakan band yang bermain awal, amat goyah, dan tak konsisten. mungkin kerana tak biasa main muzik dikala pagi hari. hanya 2 band drpd 10 band pertama yang agak tight dan ok, pada pandangan aku untuk sesi petama. kemudian jam 1tghari break selama sejam.

Jam 2 petang , battle disambung semula. bermakna ada lagi 11 band lagi yang akan bermain. pada kali ini, banyak band yang betul-betul tight dan bersedia untuk keatas stage, daripada band-band sesi petama yang nampak agak longlai. 8 band sempat beraksi untuk sesi kedua. Jam menunjukan jam 4 petang, bermakna break stgh jam lagi, kerana menghormati waktu asar. Aku terpaksa melarikan diri seketika ke pudu pada jam 5 petang untuk bertemu rakan ku daripada Singapore iaitu dodd, kerana aku ada mengirim baju tipe-x daripada beliau, disebabkan beliau pengurus kepada tipe-x maka mudah lah aku mendapatkan tshirt dan perkembangan terbaru tipe-x. Aku terus bergegas ke Pudu…

Hujan mulai turun semasa perjalanan ku, terpaksalah aku berlari didalam hujan. Agak kebasahan aku dibuatnya. Aku terlewat lagi, kerana hujan lebat. Sesampai di pudu jam menunjukkan 6 petang. Aku bertemu dodd di cc hadapan pudu. Aku bayar duit t-shirt, dan kemudian aku menghantar beliau ke platform 21. Nasib baik sempat aku jumpa beliau kalau tak, malu aku dibuatnya, sebab aku dah berjanji dengan dia.bas pon bergerak pada jam 6.30 petang. Maka aku perlu kembali semula ke Sekolah Indonesia sepantas yang boleh, diwaktu hujan.

Alhamdulillah, semuanya ok sebaik aku tiba disana. Waktu itu jam 7 ptg , masa utk break lagi selama sejam kerana maghrib. Selesai sahaja break, pada jam 8 malam, acara dimulakan dengan kata-kata penghargaaan daripada embassy. dan kemudiannya upacara penyampaian hadiah. Memang hari yang memenatkan.
Masa untuk memunggah semua barang-barang yang dibawa, kena pastikan barang-barang yang dibawa , ada dan masih dalam keadaan baik.. kesemua barang dimasukkan kedalam van. Setelah selesai, kami terus pulang ke studio. Maka azab yang sebenar telah sampai..

Dengan kekurangan tenaga dan waktu tidur yang tak sempurna ditambah lagi dengan kepenatan di darabkan lagi dengan kepanasan didalam dewan membuatkan aku tak larat sepenuhnya. aku rasa aku ada lagi 7 peratus tenaga yang tinggal. dengan 7 peratus tenaga yang tinggal itulah aku mengangkat semua barang naik keatas studio. memang sumpah aku nak pengsan… memang tak larat sangat. kemudian aku dengan ali menjamu selera kat syed bistro. selesai makan, kitorang terus naik ke studio dan tidur jam 11.30mlm.

bangun tidur jam menunjukkan 4.10 minit. petang haha.. lama gila tidur..

Older Posts »

Categories