Posted by: andax | June 16, 2009

Special Case di Bukit Jalil



Buat pertama kali tahun ini, Special Case kembali semula beraksi. Kali ini Special Case kembali dengan line up baru, iaitu: Fael (drum), Beck ( bass) & andax (guitar).

Di hujung penamat acara, barulah The Liberals pulak mengambil tempat. Khidmat di posisi bass kali ini disertai oleh Ali. Kerana semua orang sedia maklum bahawa The Liberals tiada pemain bass yang tetap. Di sebabkan event itu terpaksa di tamatkan awal, makan kami bermain 3 lagu sahaja.. apa nak buat.. dah nasib..

Posted by: andax | May 28, 2009

puas hati aku

manshitterhaha! barca menang! foolly fooly man.u retarded !! puas hati tak terkata. disekeliling aku semuanya penuh dengan mamat-mamat yang pakai baju manshit tatkala aku menonton di kedai mamak. sebelum wisel penuh sorakan glory glory kononnya, tapi bila dah abis semuanya fool fool! huhu.. gol eto’o membuatkan aku rasa puas dengan membahan semua lahanat manshitter. dan diikuti dengan gol messi, tak senang duduk dibuatnya mamat-mamat man.u. dendam terbalas. hehe

Posted by: andax | May 23, 2009

Tired..

Seminggu yang penuh keletihan. Boleh dikatakan setiap hari jamming, Serangga Pemusnah akan bermain di Sunway Lagoon pada 31hb 5 bersama-sama band seperti The Times, pure vibracion, naratu dll. Aku difahamkan Serangga Pemusnah akan bermain sebagai band no 3. Timing yang cantik. boleh la mandi manda selepas main. huhu.. Manakala Special Case dan The Liberals pula mungkin akan bermain pada 13hb 6 di bukit jalil yang dikelolakan oleh Myselebriti.

Special case akan cuba mengeluarkan materials untuk tahun ini, dan sebab itu sekarang ni giat berlatih. memang terkadang rasa penat sangat, tapi apakan daya, itu semua dah minat. yang penting semuanya ikhlas. Minggu lalupun sama juga. padat dengan kerja dan diikuti punkrock bowling. semuanya tak dapat dielakkan. walau bekerja atau pun nak enjoy, semuanya begitu memenatkan. namun digagahi juga.
terkadang ada juga aku emosi sebab takder mood nak berbual dan melayan kerenah orang lain disebabkan penat. sampaikan aku tarik muka dengan teman-teman baik aku. bagi mengelakkan pergaduhan. nasib baik ada dari mereka yang faham. Alhamdulillah..

Posted by: andax | April 23, 2009

Sony Ercisson Secret Tricks and tips

sony ericsson logo

sony ericsson logo


Buat pengguna sony ericsson. ini adalah secret code untuk kemudahan korang.

1. Sony Ericsson Secret Menu: -> * <- <- * means press joystick, arrow keys or jogdial to the right and <- means left.) You’ll see phone model, software info, IMEI, configuration info, sim lock status, REAL time clock, total call time and text labels. You can also test your phones services and hardware from this menu (main display, camera, LED/illumination, Flash LED, keyboard, earphone, speaker, microphone, radio and vibrator tests)

2. IMEI Number: *#06# -For checking the International Mobile Equipment Identity.

3. Lockstatus: <- * * <- -SIM lock – Do not lock your phone if you don’t know the unlock code. This is another good check before you buy any phone, especially second hand ones. If phone is SIM locked, you may not be able to switch to other GSM operators.

4. Shortcut to last dialed numbers: 0#

5. Shortcut to sim numbers: On main menu type a number and press #

6. If you change the language from default to any other language, then it may be difficult to switch to default language. The shortcut is very simple. Just press . stands for right arrow button or joystick

Posted by: andax | April 22, 2009

Sama-sama bingai

Match antara liverpool dengan arsenal membuat aku menyirap. Dah la match ini antara yang aku tunggu disebabkan diantara match besar. Tak dapat dibayangkan 8 gol dalam satu perlawanan dan 7 gol dalam separuh masa kedua. haha.. aku gelak besar. Kedua – dua pasukan dapat gol paling bodoh. Tahniah buat Arshavin sebab dapat score 4 gol.. :P

Bagi aku, kedua-dua pertahanan liverpool dan arsenal sama-sama bodoh. bagi gol dengan mudah kepada pasukan lawan. Yang paling bingai dan nak membuat aku gelak sakan apabila pertahanan arsenal boleh main galah panjang di waktu minit terakhir. Dah la minit terakhir, susah ke nak bertahan.. haha Apa ke bingai diorang ni. Bukan aku nak kutuk pasukan faveret aku tapi itulah benda yang berlaku masa tu.

Pertahanan arsenal dengan leaveherfool memang bodoh belaka. Macam aku nengok kartun sinchan pulak. hehe.. walauapa pun arsenal tetap dihati aku, sekarang tunggu dan lihat la nanti match UEFA Champions League antara arsenal dan manSHIT 29hb ni.

Tunggu dan lihat!
vive le gunners!

Posted by: andax | April 6, 2009

Mungkin dengan sengaja ataupun tidak….

bapa-segala-bapa???bmertua

Mungkin dengan sengaja ataupun tidak. Kini formula ini telah menjadi kenyataan. Kita tunggu jer lah samada Najib boleh memperbaiki masalah dan membangunkan rakyat. Tunggu dan lihat jer lah hahaha!

R=Rahman
A=Abdul Razak
H=Hussein Onn
M=Mahathir
A=Abdullah
N=Najib

najib-razak
Setiap Perdana Menteri diberi gelaran.. gelaran untuk Najib apa pula?

Posted by: andax | April 5, 2009

Buat pertama kali di Rock Against Zionism

Didalam rock against zionism buat pertama kalinya dalam hidup aku menyampaikan sajak di khalayak orang ramai. Terasa gugup masa naik di pentas. Tapi terpaksa jer la buat bodo. Sambil ditemani Fael, Aiman dan Apis. Sajak banyak aku ambil dari “dum dum tak” dan juga sajak nukilan sendiri.. Sajak pertama iaitu Dunia dan Anti Nazi Simpati dari Dum Dum Tak, manakala bakinya adalah Terima Kasih Peperangan dan Api Zionis. :)
Selepas saja menyelesaikan tugas tersebut kami pon turun minum dibawah 1cafe. Selepas band kedua, aku dipanggil oleh pihak organiser, menyuruh baca sekali lagi disebabkan band Bluezymoody hilang entah kemana.
Setelah dipujuk rayu terpaksa juga aku mengalah. Nak tak nak terpaksa naik. Disebabkan tak tau nak baca sajak apa lagi so aku terpaksalah membaca lirik Dum Dum Tak iaitu Internasionale, Hentikan Penindasan dan sekali lagi Anti Nazi Simpati disampaikan.

Sepatutnya tayangan trailers DestrucTV di tayangkan menggunakan video tetapi disebabkan masalah teknikal, tetapi terpaksa menggunakan slideshow untuk membuat penerangan. so minta Maaf ya kepada semua!

lakonanline up
Perkara seterusnya yang dilakukan, berlakon ketika band Always Last beraksi. Menunjukkan apa yang berlaku di tebing barat. Walaupun tak dapat menggunakan props yang sempurna. Diharapkan mesej yang hendak disampaikan didalam lakonan dan lirik lagu dapat disampakan kepada umum.

Posted by: andax | March 28, 2009

warna warni kehidupan

warna-warni

hari hari penuh membosankan
terfikir apa yang hendak akan ku lakukan
mencari rakan hati tak mengizinkan
terlalu banyak pula nak diikutkan

kepala ku pening tak dapat dibayangkan
sendirian bagini banyak pula hendak difikirkan
dunia penuh kegembiraan dan kesedihan
masalah yang menimbun kemana kan ku tujukan?

hidup yang sepi
hidup didengki
mangapa begini?
warna warni
ikutkan hati
kelakkan mati
hari hari dipenuhi dengan warna warni
ada yang dipenuhi kesakitan hati
hari berganti hari dan ku masih begini
oh wahai dunia! kemanakan kutujui?

Posted by: andax | March 28, 2009

korporat keparat!

ini sebuah cerita ketamakan manusia
Yang hanya tau mengira untungnya
Sanggup Hilang saudara demi wang dan kuasa
Nasib saudara di jalanan tak dipedulikannya

Apa yang cuba hendak kau lakukan
Itu bukan apa yang kau sangkakan
Kami bukannya keanak anakkan
Membuli si lemah demi kekayaan

Hidup kau memang sentiasa senang lenang
Hidup kami hanya makan dikala berwang
Kami Tak pernah merintih kerana kesakitan
Tapi kau merintih di kala saham menjunam

Oh Dunia kita semakin gila
Suka sana suka sini dan hanya berfoya
Kuasa Wang ringgit tak bawa kemana
Dunia politiknya yang empunya agenda

Korporat Keparat!
Itu yang dikatakan!
Korporat Keparat!
Organisasi penindasan
Korporat keparat!
Penuh dengan ketamakan!
Korporat keparat!
Mampos kau aku tak layan!

Posted by: andax | March 21, 2009

Kembali menendang bola!

Dah lama rasanya tak menendang bola, adalah dalam 2 tahun rasanya. huhu.. Kalau tak masa di Seri Kembangan dulu setiap 2 kali seminggu aku menendang bola, dah macam menjadi rutin pulak masa tu.. Bersama dengan King, Abeja, Alan, Poji, Shah, Pogrom, Kecik dll. Selalunya masa tu kitorang selalu bermain kat Sport Planet puchong. Sebab kat situlah paling dekat dengan kitorang. Apabila aku keluar ke Kelana Jaya ni, bukan kata seminggu, setahun sekali pun takder . :P Tapi Sejak dua bulan ni, aku kembali memfutsalkan diri kembali, dengan rakan-rakan lama, tapi kini kami selalu bermain di Sunway. Best jugak sebab dah lama tak memenatkan badan.. mungkin boleh kembali mencergaskan diri yang asyik terperap je ni. hehe. Selain daripada bermain muzik, bermain futsal mungkin akan membolehkan aku menghilangkan kebosanan.. dan stress kerja. JOM FUTSAL! :D

« Newer Posts - Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.