
Pada hari sabtu bersamaan 20hb 6 aku ditugaskan untuk menghantar barang – barang backline ke Sekolah Indonesia yang bertempat di Kedutaan Indonesia. Memang agak memenatkan. Pada jam 3 petang, aku dan Ali mula mengemas dan buat checklist barang-barang equipment yang akan dibawa. Kemudian pada jam 5.30 ptg kami mula mengangkat turun barang – barang semua. Memang penat apabila mengangkat turun semua barang-barang terutamanya amp peavey kerana keberatan yang agak melampau dan juga saiznya yang besar. huhu
Setelah selesai memunggah masuk barang-barang kedalam van, kami terus bergegas ke Sekolah Indonesia. Sebaik sahaja sampai, kami disambut baik oleh pihak organiser iaitu Marta. Setelah berbincang apa yang perlu, kami membawa turun barang-barang dari dalam van ke atas pentas. setelah siap memunggah, tiba masanya pula nak setup barang-barang. tapi apa yang tidak puas hati, stage agak bergoyang dan mudah bergegar. Nak tak nak terpaksa setup juga barang – barang. Selesai sahaja kami setup barang – barang backline, barang – barang PA pulak sampai. Amik kau semua barang lagi gedabak. haha.. speaker JBL.. mixer 24 chennel bla bla bla.. Terpaksa jugak kitorang tolong dorang mengangkat speaker- speaker gedabak tu. memang penat.
Setelah selesai. Masanya untuk kitorang pulang, jam menunjukkan pukul 12.15 malam. lewat jugak ni… esok pulak dah kena bangun awal. sebab event dijadualkan bermula jam 9 pagi.
Keesokannya.. Ahad 21hb 6 2009
Pada jam 7 pagi aku dikejutkan oleh boss aku, walaupun sebenarnya aku tak tidor lagi huhu.. dia kata lagi 10 minit dia sampai nak pick up aku dgn ali. lantas aku pon terus mengejutkan ali yang sedap dibuai mimpi. aku jer yang tak tido lagi.. ciss! Sebaik boss aku sampai, beliau mengajak kami bersarapan di kedai mamak berdekatan. katanya nak amik tenaga. huhu.. aku pon order nes o dan roti kosong. setelah selesai kami pon bertolak ke Sekolah Indonesia sekali lagi.

Bila sampai jer, mata aku melilau, wah! ramai juga gadis-gadis indonesia yang comel dan manis. haha.. cuci mata.
Aku pon terus check semula amp agar berfungsi dengan baik, setelah selesai, kami berehat seketika. Jam telah melewati 9 pagi, nampaknya lewat kot.. Jam 10.15 barulah event battle dimulakan. Aku hanya menjadi soundman pada waktu itu.. dan turut membantu apa yang perlu di pentas. 21 band masuk berrtanding pada final itu, apa yang aku perhatikan, kebanyakan band yang bermain awal, amat goyah, dan tak konsisten. mungkin kerana tak biasa main muzik dikala pagi hari. hanya 2 band drpd 10 band pertama yang agak tight dan ok, pada pandangan aku untuk sesi petama. kemudian jam 1tghari break selama sejam.
Jam 2 petang , battle disambung semula. bermakna ada lagi 11 band lagi yang akan bermain. pada kali ini, banyak band yang betul-betul tight dan bersedia untuk keatas stage, daripada band-band sesi petama yang nampak agak longlai. 8 band sempat beraksi untuk sesi kedua. Jam menunjukan jam 4 petang, bermakna break stgh jam lagi, kerana menghormati waktu asar. Aku terpaksa melarikan diri seketika ke pudu pada jam 5 petang untuk bertemu rakan ku daripada Singapore iaitu dodd, kerana aku ada mengirim baju tipe-x daripada beliau, disebabkan beliau pengurus kepada tipe-x maka mudah lah aku mendapatkan tshirt dan perkembangan terbaru tipe-x. Aku terus bergegas ke Pudu…
Hujan mulai turun semasa perjalanan ku, terpaksalah aku berlari didalam hujan. Agak kebasahan aku dibuatnya. Aku terlewat lagi, kerana hujan lebat. Sesampai di pudu jam menunjukkan 6 petang. Aku bertemu dodd di cc hadapan pudu. Aku bayar duit t-shirt, dan kemudian aku menghantar beliau ke platform 21. Nasib baik sempat aku jumpa beliau kalau tak, malu aku dibuatnya, sebab aku dah berjanji dengan dia.bas pon bergerak pada jam 6.30 petang. Maka aku perlu kembali semula ke Sekolah Indonesia sepantas yang boleh, diwaktu hujan.

Alhamdulillah, semuanya ok sebaik aku tiba disana. Waktu itu jam 7 ptg , masa utk break lagi selama sejam kerana maghrib. Selesai sahaja break, pada jam 8 malam, acara dimulakan dengan kata-kata penghargaaan daripada embassy. dan kemudiannya upacara penyampaian hadiah. Memang hari yang memenatkan.
Masa untuk memunggah semua barang-barang yang dibawa, kena pastikan barang-barang yang dibawa , ada dan masih dalam keadaan baik.. kesemua barang dimasukkan kedalam van. Setelah selesai, kami terus pulang ke studio. Maka azab yang sebenar telah sampai..
Dengan kekurangan tenaga dan waktu tidur yang tak sempurna ditambah lagi dengan kepenatan di darabkan lagi dengan kepanasan didalam dewan membuatkan aku tak larat sepenuhnya. aku rasa aku ada lagi 7 peratus tenaga yang tinggal. dengan 7 peratus tenaga yang tinggal itulah aku mengangkat semua barang naik keatas studio. memang sumpah aku nak pengsan… memang tak larat sangat. kemudian aku dengan ali menjamu selera kat syed bistro. selesai makan, kitorang terus naik ke studio dan tidur jam 11.30mlm.
bangun tidur jam menunjukkan 4.10 minit. petang haha.. lama gila tidur..
Recent Comments